Thursday, November 10, 2011

Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Ditangkap Polis.


  • Jangan panik. Tenang dan fahami hak anda sebagaimana jaminan Perlembagaan
  • Jika polis yang menangkanp tidak berpakaian seragam, pastikan dia menujukan kad kuasa.
  • Jika kad kuasa berwarna merah bermakna anggota itu digantung tugas dan tiada kuasa terhadap anda. Abaikan anggota itu
  • Jika sebaliknya, orang ramai perlu memastikan nama nombor ID, nombor pendaftaran kenderaan anggota polis tersebut dicatat kerana penting jika didakwa di mahkamah Tangkapan tidak sah jika polis gagal mengemukan alasan tangkapan.
  • Semasa tangkapan, polis tiada hak memukul atau merampas barangan peribadi termasuk dompet dan telefon bimbit kecuali dibawa ke lokap.
  • Barangan itu perlu direkod dalam Borang Senarai Pampasan. Pastikan ia dipulangkan sebaek sahaja dibebaskan.
  • Semasa ditangkap, pastikan anda dibawa ke balai polis yang sama seperti yang disebut anggota polis. Elak dan bantah dari dibawa ke balai polis yang lain.
  • Semasa ditangkap, anda berhak membuat satu panggilan telefo kepada keluarga, rakan atau peguam dengan memaklumkan masa, tempat, alasan ditangkap dan lokasi balai polis dibawa.
  • Tempoh siasatan terhad dalam tempoh 24 jam sahaja
  • Jika mahu meneruskkan tempoh itu, polis mesti membawa anda ke majistret. Pastikan anda tahu nama dan pangkat yang menyoal anda.
  • Semasa soal siasat, lazimnya polis bersifat mesra pada awalnya dengan bertanya pelbagai perkara untuk mencungkil maklumat. Hanya nama, alamat, pekerjaan, dan umur sahaja yang boleh diberi ketika soal siasat.
  • Anda perlu fokus pada soalan dan elak berbual kosong kerana ia taktik untuk melekakan anda
  • Jika tidak tahu jawapan yang perlu diberi semasa soal jawab, gunakan hak anda untuk berdiam diri dengan berkata ”saya menggunakan hak berdiam diri di bawah seksyen 112 (2)” atau ”saya menggunakan hak berdiam diri dan akan menjawab di mahkamah”
  • Ini penting bagi mengelakkan anda terperangkap dengan soalan mengelirukan kerana setiap kenyataan menjadi bukti di mahkamah.
  • Jika diugut atau dipaksa memberi kenyataan, anda berhak membuat laporan polis
  • Jika dihadapkan ke mahkamah, anda disaran mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.
  • Anda berhak dilepas dengan ikat jamin mahkamah mengikut Seksyen 29 Kanun Acara Jenayah dan memohon mengurangkan ikat jamin dengan mengemukakan bilangan tanggungan anda.

(Sumber: Lawyer For Liberty)

No comments:

Post a Comment