Friday, January 14, 2011

FiFA Ballon d'Or


aq almost terlupa psal nie, antara anugerah paling berprestij dalam arena bola sepak,
anugerah yg sentiasa menjadi idaman setiap pemain bola sepak pro di seluruh dunia.



*nmpak jer mcm besi buruk kan


Per yg wat aq wat post nie sbb tahun nie skali lagi idolaku Lionel Messi mrangkul anugerah ini dgn mengalah rakan sepasukannya Andre Ineasta dan Xavi Hernandez.
Sememangnya keputusan kali ini menimbulkan pelbagai kontrovesi dan tanda tanya kerana tahun 2010 mempamerkan aksi yg menarik dalam kancah bola sepak dan juga ramai pertikaikan kemenangan Messi kerana beliau kurang menyinar ketika mewakili negara beliau Argentina.



Lionel Messi dan Martha membuktikan kuasa besar bola sepak bukan terletak di benua Eropah sahaja.Jurulatih terbaek dimenangi oleh wakil Portugal Jose Mourinho, yg menewaskan Vicente Del Bosque yg membimbing pasukan Sepanyol memenangi Piala Dunia. Sememangnya kemampuan beliau membawa Inter Milan menjulang 3 trofi musim lepas amat menakjubkan, ada desas desus mengatakan beliau akan mengganti Alex Ferguson satu hari nanti. Walaupun ramai yg tak berpuas hati dengan Mourinho, tetapi kejuaraan yg dimenangi pasukan beliau membuktikan beliau layak utk menang anugerah tersebut.


Mesti ramai yg pelik kan, bagaimana dengan 'FiFA World Player Of The Year 2010', Sebenarnya sejak tahun 2010 Anugerah Ballon d'Or ini telah digabungkan dengan FiFA World Player Of The Year dan dipanggil "FiFA Ballon d'Or". Ballon d"Or atau nama asalnya France Ballon d'Or merupakan anugerah pemaen terbaek eropah secara rasmi, akan tetapi sejak anugerah ini kerap dimenangi pemaen bkn dari eropah, anugerah tersebut telah digabungkan.

No comments:

Post a Comment