Saturday, October 29, 2011

Fakta Yang Melampau Sangat Kalau Kita Tahu!

~ Jutawan Microsoft, Bill Gates serta keluarganya berpindah ke kediaman baru mereka berhampiran Seattle, Amerika. Rumah yang
menelan kos US$50 juta itu dilengkapi pelbagai peralatan elektronik canggih. Antaranya penghuni boleh mengawal suhu yang dikehendaki dalam rumah dengan menggunakan sejenis pin khas yang hanya dilekatkan di kocek baju.

~ Senjata biologi menjadi kegemaran di kalangan kuasa besar kerana kosnya yang amat murah. Misalnya mereka hanya perlu membelanjakan US$1 untuk memusnahkan kawasan seluas satu kaki persegi berbanding US$600 menggunakan senjata kimia US$800 senjata nuklear atau US$2,000 dengan senjata konvensional.

~ Mezzofanti mampu bertutur dalam 50 bahasa dan telah menterjemahkan hasil karya yang ditulis dalam 114 bahasa.

~ Wanita-wanita dari keturunan Pigmy di Lembah Congo, Afrika amat takut jika suami mereka terpikat dengan wanita-wanita lain. Bagi mengelakkan suami digoda oleh wanita lain, setiap isteri bertindak mengawal suami mereka dengan mengukir nama mereka di dahi suami masing-masing. Lantaran itu, sudah pasti suami mereka tidak lagi miang untuk mendekati wanita lain kerana nama isteri mereka sudah terpahat di dahi.

~ Ais krim adalah makanan yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui siapakah yang mula-mula menemui cara-cara membuat ais krim. Sebenarnya orang yang mula-mula menemui cara membuat ais krim ialah seorang lelaki berbangsa Perancis bernama Gerald Tissain dalam tahun 1620. Selepas penemuan tersebut, maka lahirlah pelbagai jenis perasa ais krim yang cukup melazatkan sehingga ke hari ini.

~ KIBBER adalah sebuah perkampungan kecil di kawasan bukit yang berpasir di Himachal Pradesh, India. Ia menjadi sebuah perkampungan tertinggi di dunia. Walaupun Kibber terletak di paras ketinggian 4,205 meter, namun ia menjadi sebuah perkampungan selesa walaupun di musim sejuk kerana kawasan tersebut mempunyai kemudahan asas yang lengkap bagi kegunaan penduduk di situ. Kibber sebuah perkampungan yang tidak boleh dianggap mundur dan daif sebaliknya akan menakjubkan dan menggamit hati setiap pengunjungnya. Walaupun ia berada di puncak gunung di sana tetap terdapat bekalan elektrik, jalan raya untuk kenderaan bermotor, sekolah dan pejabat pos serta klinik.

~ Adalah dianggarkan sebanyak 240 juta dolar dibelanjakan setiap hari untuk perbelanjaan membeli rokok di seluruh dunia. Pada masa sekarang industri rokok mencatatkan jualan tahunan di antara 85 – 100 billion dolar. Jumlah tersebut adalah menyamai satu per empat peruntukan pembelian senjata dunia.

~ Taj Mahal merupakan salah satu binaan yang terkenal di dunia yang dibina semata-mata bagi mengabadikan sebuah cinta yang suci seorang suami terhadap isterinya. Taj Mahal yang terletak di Agra, Uttar Pradesh, India adalah sebuah monumen tinggalan Kerajaan Moghul. Bangunan cantik tersebut diseliputi oleh batu marmar putih berkilauan. Di dalam bangunan tersebutlah bersemadinya permaisuri Maharaja Shah Jehan, Mumtaz Mahal. Shah Jehan amat menyintai isterinya lantas memerintahkan agar Taj Mahal dibina sebagai tanda cinta setianya kepada Mumtaz. Pembinaan Taj Mahal yang mengambil masa sehingga dua puluh tahun itu berjaya disiapkan pada 1653. Pembinaannya juga telah melibatkan ribuan tenaga buruh.

~ Pemimpin negara China yang terkenal dan diagung-agungkan oleh rakyatnya, Deng Xioping sebenarmnya mempunyai rahsia tersendiri bagaimana beliau berjaya mengekalkan kesihatan sehingga umurnya menjangkau lebih dari 90 tahun. Xioping menyatakan rahsia tersebut adalah amalannya mandi air sejuk dan bermain terup.

~ Seorang sherpa dari Nepal, Ang Rita telah berjaya mendaki hingga ke puncak gunung tertinggi, Everest untuk kali yang kesepuluh pada 23 Mei 1996. Apa yang menakjubkan ialah kesemua ekspidisi menawan puncak Gunung Everest yang dilakukan oleh Ang semenjak kejayaan pertamanya mendaki gunung tersebut pada 7 Mei 1983 tidak pernah menggunakan bekalan oksijen. Sementara itu, David Breashears dari Massachusetts, USA pula berjaya menjadi pendaki pertama yang sampai ke puncak Gunung Everest pada ketinggian 29,028 kaki dengan membawa peralatan untuk penggambaran yang paling berat.

Thursday, October 27, 2011

Fakta Yang kita Malas Nak Ambik Tahu!

~ Semasa pemerintahan Kublai Khan, orang-orang Cina menggunakan singa untuk berburu. Mereka melatih singa untuk mengejar dan menangkap haiwan liar termasuk seladang serta beruang. Singa tersebut akan terus berada di samping binatang yang dibunuhnya itu sehingga pemburu sampai.

~ Seni membuat peta telah wujud lebih awal berbanding seni tulisan. Sebelum mengenali huruf, kebanyakan masyarakat termasuk Eskimo, Red Indian dan penduduk Kepulauan Marshall melukis pelan kawasan yang sudah mereka kenali. Peta tertua yang diketahui sekarang ini disimpan di Muzium Semitik, Harvard, Amerika Syarikat. Ia adalah kepingan tanah liat yang dibuat oleh masyarakat Babilonia bertarikh 2500 SM.

~ Untuk kepentingan manusia, haiwan sentiasa dijadikan mangsa ujian dalam uji kaji sains dan perubatan. Kira-kira 30 ribu ekor monyet telah digunakan oleh pakar perubatan dan saintis sepanjang tiga tahun mereka menjalankan usaha mengenalpasti dan menjelaskan pelbagai jenis penyakit polio.

~ Dalam satu pertandingan kerja-kerja seni yang diadakan di Barcelona Acadeny of Arts, para pelajar diberi diberi masa sebulan untuk menyiapkan hasil kerja masing-masing. Pablo Picasso yang ketika itu berusia 15 tahun menyiapkan peperiksaan itu dalam masa sehari sahaja dan dia memenangi tempat pertama, menewaskan peserta-peserta yang lebih dewasa daripadanya.

~ Ia mengambil masa selama 5 bulan untuk memberitahu Ratu Isabella mengenai pengembaraan Columbus dan 2 minggu bagi masyarakat Eropah untuk tahu mengenai pembunuhan Presiden Amerika, Abraham Lincoln. Bagaimanapun, hanya 1.3 saat sahaja diperlukan untuk manusia menerima kata-kata pertama dari angkasawan Neil Amstrong bahawa manusia boleh berjalan di atas permukaan bulan.

~ Orang yang pertama menjejakkan kaki di benua Antartika adalah pelayar Amerika bernama John Davis. Dia melakukannya pada 7 Februari 1821. Namun demikian, dia tidak mendapat sebarang pengiktarafan semasa hayatnya kerana kejayaannya itu cuma diketahui umum pada 1955 apabila buku log kepalnya dijumpai dan diteliti.

~ Dr James Barry, wanita menyamar sebagai lelaki menjadi jeneral dalam tentera Ratu Victoria. Dr Barry menyertai pasukan perubatan tentera, berkhidmat selama 40 tahun sebagai doktor bedah dan juga ketua penyelia kepada beberapa buah hospital. Dalam tempoh itu, dia dikenali sebagai Dr James Barry, seorang lelaki. Jantina sebenar beliau hanya diketahui pada 1865 apabila dia meninggal dunia.

~ Jerung adalah binatang berbahaya, malah sebelum ia ia dilahirkan lagi. Saintis Stewart Springer telah digigit oleh satu embrio jerung pasir semasa beliau sedang memeriksa ibu jerung tersebut yang sedang hamil.

~ Maharaja Keempat Moghul, Jahangir yang memerintah dari 1605 hingga 1627 mempunyai 300 orang isteri, 5,000 gundik, serta 1,000 anak muda untuk “menghiburkannya” . Di luar istana Jahangir, dia memelihara 12,000 ekor gajah, 10,000 ekor sapi, 2,000 ekor unta, 3,000 ekor rusa, 4,000 ekor anjing, 100 ekor singa jinak, 500 ekor kerbau dan 10,000 ekor burung merpati.

~ Benua Antartika meliputi kawasan seluas 14 juta km persegi. Jika India dan Cina dicantumkan, keluasan ityu masih gagal menandingi kawasan benua beku itu. 90% kawasan itu pula dilitupi ais dengan ketebalan kira-kira 2 km. Manakala keluasan litupan ais pula adalah 30 juta meter persegi. Jika semua ais di Antartika cair, paras laut akan naik mendadak di antara 50 – 60 meter yang akan menenggelamkan sebahagian besar muka bumi.

Wednesday, October 26, 2011

Fakta Yang Kadang Kala kita tak Tahu! [1]

~ Planet yang paling panas ialah Zuhrah. Suhu permukaannya ialah 462 darjah Celcius

~ Makanan yg paling digemari oleh lipas ialah gam yg berada di belakang setem

~ Beethoven iaitu seorang penggubah beberapa susunan muzik klasik terbaik di dunia sebenarnya adalah seorang yang pekak

~ Ubat gigi jenama Colgate mula diperkenalkan di Perancis dengan nama Cue, mengambil sempena nama sebuah majalah.

~ Perkataan ‘Good-bye’ asalnya dari perkataan ‘God be with you’

~ Dalam satu kajian di Malaysia oleh satu pertubuhan perubatan alternatif, seorang lelaki Melayu mampu melakukan seks sebanyak 9 kali dalam masa 24 jam.

~ Semut mempunyai otak yang paling besar dalam alam haiwan, jika dibandingkan dengan nisbah saiz badannya.

~ Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

~ Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

~ Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

Tuesday, October 18, 2011

K.L Siang Hari

Post bosan2; haritu balik dari futsal snggah umh Audi, lepak2 jap, keringkan peluh, mandi then audi terus hntr gi Lrt nk balik umh m.cik aq. Mane xnyer habes maen pukul 3 lebih, lepak2 lg minum sume, penat, tpi alhamdulillah game mlm tu bezz. Nyaris jadi champion, hahaha

Keramat Mall


Dlm Lrt Putra,

Begini la kl siang hari klu cuti or weekend. Mmg lengang, tpi klu hari kerja, sepenuh2 tidak org. Act. aq suke gmbr kat atas nie. Mcm dalam subway kat US lak aq tgok. Haha keluar jer dari terowong stesen ampang park tu. Perghh,baru dapat menikmati sinaran matahari. HAHAHA

Friday, October 14, 2011

Movie this Week


Citer pasal sejarah mmg jadi pilihan aq klu nk tgok wayang. Haritu klu kat kuantan ade filem nie, nk jer aq tgok sorang2 klu diorang xnk. Filem ke-100 Jackie Chan nie adalah satu filem berdasarkan kisah benar, sejarah penubuhan 'Republic of China'. Bagaimana revolusiner2 dekat china tyme tu berjaya bangkit menentang pemerintahan Imperial (Diraja) yg korup dan diskriminasi. Lebih kurang mcm cter Bukit Kepong, Sarjan Hassan klu kat negara kita nie.


Citer nie bnyak tertumpu pada watak utama dalam 'pembikinan' republik china Sun Yat-Sen, seorang rakyat cina yg menetap diluar negara bekerja sebagai doktor. Kesungguhan beliau membantu kebangkitan rakyat china menentang Dinasti Qing kerajaan Diraja terakhir negara china, meskipun menetap di eropah.


Bagi aq part paling bezz dalam cter nie bler, Sun Yat-Sen meletak jawatan sebagai Presiden pertama China setelah Dinasti Qing disingkirkan dari pemerintahan China. Itu janji beliau mase mule2 skali berikrar sebagai Presiden. Nak tunjukan lah yg beliau xde kepentingan peribadi dalam revolusi nie. Btw luper lak, Jackie Chan pegang watak Huang Xing, komander tentera revolusi, merangkap bestfriend Sun Yat-Sen. dalam cter nie Jackie Chan kurang la lawan2, watak die sangat serius dalam cter nie. Die bercinta dgn Xu Zonghan, awek cantek dlm filem nie.


Aq minat dengan kata2 terakhir Sun Yat-Sen dalam filem nie, pasal revosuli, tapi aq luper ayat full die. Xper lahh nnti tgok balik cter nie. Overall bezz la, cter sejarah kan.


*Dalam wayang tadi penuh ngn orang cina jer, baper ketul jer org melayu, dan jarang dpt tgok org tua cina masuk wayang, haha

K.L in the evening.


Harinie aq kuar jalan sorang2 kat K.L, capital city negara kita. Kuar kali nie xde tujuan ape pun, saje bosan duk umh. Ambik angin suasana bandar yg dah 1 sem aq tinggalkan, haha. Tetiber lak rase rindu kat KLCC, tu yg singggah lepak cna.

Dah bape tahun aq bermastautin kat K.L, ade beberapa perkara yang aq baru pasan semalam.

#
1. Fountain kat KLCC nie start tepat2 pukul 6

2. Kat Rabbit yg aq guner selame nie xleh gner klu bakinyer kurang RM3

3. Kat KLCC xde Mcd (kempunan dah nak mkn Mcd)
4. Aquaria bkn duk dlm bangunan KLCC tapi selang satu bangunan dari KLCC.

5. Tandas awam G floor kat KLCC kne bayar RM2/head




Tgok fountain sambil menikmati Subway aq nie, perrghh, mmg teringat zaman kat uia dlu. Bagi org2 K.L permandangan bser jer kot sbb tiap2 hari leh tgok. Tapi bler aq ushar foreigner2 yg, xtaw la 1st tyme ke sampai Malaysia nie, bersorak diorang. Salah sorangnyer perempuan dalam gmbr nie la, terkejut aq bler die bersorak.HAHA, yer la tgh bahgie ngn p.we die. HAHAHA

Habes makan subways, tgok wayang jap trus balik umh, mcm xde tujuan ke kuar kan, tapi kadang2 enjoy gak jalan sorang. Ikut kepale kite la nk gi mane, HAHAHA

Thursday, October 13, 2011

Friends still Friends

Baru balik dari Kuantan, lepak2 ngn classmate sumer(ngn ajid skali). gi ronda2 ECM, maen bowling, ade yg xmaen, Tgok wayang kat megamall. Overall dtg kuantan kali nie nk enjoy.





Act. bler fikir balik datang jauh2 semata2 nk tgok wayang, lepak mkn, jalan ronda2, membazir jer kan. Mcm xleh wat sendiri lak. Tapi sebenarnye sbb kite buat sumer nie ngn kawan2 so jadi mase tu sngt berharga. Yer lah bkn slalu kan dapat lepak enjoy kat luar nie same2. Mnde yg satu hari nnti wat kite senyum jer bler ingt balik. Lagi seronok sbenarnye klu sumer bdak2 klas dtg. Tapi nk wat cmner kan, masing2 ade hal masing. Cian ngn nana, demam panas, padahal die lah yg paling excited nk dtg. Xper nana, sem depan lak kite kuar kuantan k.

Sarah sory la xdpt nk lepak ng ko sngt, plan baru nk tgok wayang same2. Tapi tu la, bkn kite kuar berdue jer.HAHA len kli aq gi cna bawak kete lahh. Sng ckit nk gi TC.haha. Nnti blaja kete elok2 k. =D




Thankz guys, ex2-Tahap skalian, tumpangkan aq ngn Teha sampai Jengka. Naek kete ngn korang memang lawak la. Hahaha, walaupun Kuantan ke Jengka, tapi rase mcm Perlis ke Melake. Xtaw naper ea.HAHAHA thankz a lot.

'Sumtime just we understand on what we talk about, laugh at, and all cheers.'
"This is because we are friends"

Friday, October 7, 2011

Im on leaving...


Hahaha, sdar2 dah abes 1 sem kat cnie kan, cepat jer mase berlalu, rase baru smlam jer daftar masuk cnie. Tapi tu la, mane2 tmpt pun rase kejap gak. Bler packing barang td, rase sayu jer nk tnggalkan Uitm. Tapi rase sronok gak sbb dapat balik.HAHAHA.

1 sem yg hebat sudah berlalu. Tapi nk kate 'good starting' x jgak, sbb aq still ximprove sngt life aq. Bad habit lame still lg jadi rutin harian. Just enjoy sngt duk cnie. Sronok taktala hidup di pekan koboi jengka. Terase la ckit duk kg even dalam kalangan org2 dari bandar. (mcm mane tu?) HAHAHA. Tapi seyes, perfectly enjoy duk cnie, better la dari UIA yg agak stress, dgn mase depan yg xmenentu.huh




Tgh aq kemas2 tadi aq pasan yg aq still bawak maenan tu lagi kat cnie. Nmpk x? Maenan yg aq paling suke tyme kecik. Dlu slalu maen ngn cousin aq, smpi berebut2. Skunk xdah tinggl dalam locker jer. Nie jer lah barang2 yg tnggl utk esk. Tido pun pkai baju nk gi exam esk. HAHAHAHA
=P

Sunday, October 2, 2011

I learn....

Be kinder than necessary because everyone you meet is fighting some kind of battle.

A sharp tongue can cut my own throat.

If I want my dreams to come true, I mustn't oversleep.

Of all the things I wear, my expression is the most important.

The best vitamin for making friends is B1.

The happiness of my life depends on the quality of my thoughts.

The heaviest thing I can carry is a grudge.

One thing I can give and still keep...is my word.

I lie the loudest when I lie to myself.

If I lack the courage to start, I have already finished.

One thing I can't recycle is wasted time.

Ideas won't work unless ' I ' do.

My mind is like a parachute...it functions only when open.

The 10 commandments are not a multiple choice.

The pursuit of happiness is the chase of a lifetime!
It is never too late to become what I might have been.

Life is too short to wake up with regrets.
So love the people who treat you right..
Forget about the one's who don't.
Believe everything happens for a reason.

If you get a second chance, grab it with both hands.
If it changes your life, let it.
Nobody said life would be easy, they just promised it would be worth it.

Friends are like balloons; once you let them go, you might not get them back.
Sometimes we get so busy with our own lives and problems that we may not even notice that we've let them fly away.

Sometimes we are so caught up in who's right and who's wrong that we forget what's right and wrong.

Sometimes we just don't realize what real friendship means until it is too late.
I don't want to let that happen so I'm gonna tie you to my heart so I never lose you.