Pada satu malam yang hening suasananya, pulangnya mama dan ayah saya bersama adik saya wafi, dari solat terawih untuk pergi ke satu pekan untuk menikmati kerang rebus disebuah kedai yang berbatu dari rumah saya. Selepas selesai sudah menikmati kerang rebus yang xberapa masak tu mereka pun pulang menuju ke rumah dengan berharap mereka dapat menikmati tidur mereka dengan perut yang kenyang.
Dalam perjalanan pulang (yang nie nak citer nie) mereka terserempak dengan satu kejadian kemalangan yang agak tragis. Tanpa menunggu lagi ayah saya pun terus menolong mangsa manakala mama saya hanya menunggu di dalam kereta. Keadaan mangsa tidak lah serius tapi disebabkan mangsa adalah guru adik saya, wafi, haruslah ditolonginya.
Dalam keadaan yang tidak berapa panik,sesuatu telah menarik perhatian mama yang sibuk dengan telefon mahalnya itu. Mama ternampak kelibat lembu yang baring tengah jalan. Mama yang tengah sibuk membalas txt2 gossip rakannya2 trus menelefon rakan ayah saya yang pakar berkaitan hal lembu2 nie. "cepat datang lembu nie hidup lagi, tengah nazak nie" begitu lah lebih kurang ayat mama.
Mama yang agak rilex sebentar tadi terus jadi excited dengan lembu yang malang itu. Ke'excited'an mama saya saya itu mengatasi semua orang disitu. Semua tertumpu pada lembu yang malang itu, bukan lagi pada mangsa kemalangan tadi.
Alhamdulillah, lembu malang tersebut sempat disembelih sebelum menghembus nafasnya yang terakhir(xsia2 la lembu tu mati kan). Daging2 lembu itu dibahagikan kepada semua yang ade ditempat kejadian. Mangsa kemalangan, tukang sembelih, indon2 yang tolong angkat lembu tu, dan xlupe juga kepada contributer yang paling besar sekali dalam hal ini, mama saya. Kalu mama saya xbuat sebarang panggilan tadi maybe lembu nie dah mati katak.HAHAHA
Cerita kemalangannya macam nie. Ustaz a.k.a mangsa tu dalam perjalanan pulang ke rumah beliau. Tengah elok2 die drive, die ternampak seekor lembu di laluan beliau, dalam keaadaan laju beliau cuber mengelak, nak berhenti memang xdapat la. Alhamdulillah sempat mengelak tapi malangnya apabila dia masuk ke haluan yang bertentangan(kirenye double line la) ada lagi seekor lembu. Yang paling sedih lembu tu tengah baring, so agak makan jalan la disitu, memang xdapat elak dah. Die langgar lembu tu then trus accident langgar pokok. Begitu lahh ceritanya..
So sempena Hari raye yang mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam diseluruh dunia, kepada Mama dan Ayah saya,adek beradek saya, atuk ku yang hebat, nenek@ otai kg, makcik2 pakcik2 sumer, sepupu2, sedare mare sumer lahh. Begitu juga dengan kenalan2 laen, sahabat handai, classmate, roomate sumer lahh, teammate futsal. Selamat Hari Raya semua. Rase2 nak makan daging lembu accident datang la rumah saya k :D Assalamualaikum.
So sempena Hari raye yang mulia ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam diseluruh dunia, kepada Mama dan Ayah saya,adek beradek saya, atuk ku yang hebat, nenek@ otai kg, makcik2 pakcik2 sumer, sepupu2, sedare mare sumer lahh. Begitu juga dengan kenalan2 laen, sahabat handai, classmate, roomate sumer lahh, teammate futsal. Selamat Hari Raya semua. Rase2 nak makan daging lembu accident datang la rumah saya k :D Assalamualaikum.
*kisah benar diatas diceritakan semula oleh adik saya Wafiuddin yang turut berada ditempat kejadian.