Thursday, December 22, 2011

Yes, Treat Us Like a Friend



Terus direct kepade post aq kli nie. Tyme aq bace blog2 faveret aq, aq terbace suatu yg dah lame aq nk tahu.Maybe bukan aq sahaja yg nak taw, ramai jugak yg nk taw dan sepatutnya taw especially sape yg dah bergelar Ibu Bapa.

Mnde yg aq cari nie ialah macam mana nk didik anak2 dengan betul, aq dapat dari blog Shikin,

Pelangi dan Butterscotch' :D

Memetik kata-kata Pelangi dan Butterscotch;

""Bile anak anda berumur 1 - 7 thn, kte (ibu dan bapa) kena bermain dgn mereka. Jangan garang sangat dgn anak anda pada mase ni sbb takut dah besar nnt dorang jd trauma or paranoid. huhu... bahaya tuu. ""


""Pabila umur mereka mencecah 8 - 14 thn, kte mendidik mereka.
Didik mereka, bukan abuse.
Kalau mereka buat salah, tunjukkan perkara yg betul. Jangan hanya taw nk marahhhhh saje.
Xbaik utk personaliti mereka, dan xbaik utk kte (parents). Nnt muka cepat tua. Haha... ""


""Dan, bila anak anda meningkat ke usia 14 - 21 thn (this is me! this is me!)
Jadilah kawan kepada mereka. Don't be judgemental.
Judgemental tu mcm mne?
Mcm ni...
"Itulahhh... ibu dahh pesn byk kali dah... Xnk dgr!!" Kata Ibu kepada anaknye Husin (bkn nama sbnr).
Be a friend, not a foe.
Dgr dulu ape yg anak kte nk ckp. Maybeeee she/he has a good reason.
Sbb tulah anak2 kte cari kwn lain diluar.
Sbb kt dlm rumah xde kwn.
Make sense right?? ^^ ""

*
sory shikin copy abes ayat shikin, :D

Maybe ramai org ckp terlalu awal untuk aq taw mnde2 cmnie, kawen pun blum lagi ape kejadah sumer nie[ayat Edisi Khas]HAHA.

Tapi kan bagus jgak klu korang taw, korang bleh nilai whether parent korang mendidik korang dengan betul atau tidak and alhamdulillah aq dapat rasekan yg mama aq gnekan pendekatan yg sama. Maybe lambat lg korang nak mengaplikasikannya especially org umur baye2 aq nie kan but xsalah korang taw awal2, it is fact.

Jumper lagi kawan2.

*lepas subuh study la frodo bkn update blog. :O

Sunday, December 18, 2011

Cantik dan Gagah.


Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.~

Lelaki yang cantik,adalah:-

1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa

Perempuan yang gagah,adalah:-

1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.


Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.~

-facebook-

Thursday, December 1, 2011

Random 19

Epy besday Frodo yg ke-19,HAHAHA baru 19 aq kan, Btw, sempena besday aq nie cter ckit 19 perkara yg korang maybe xtaw pasal aq. hehehe

  1. Nama bapak aq bagi Ahmad Arrif bin Shuhaimi, atau org2 sekeliling aq panggil ayip, arep, frodo, dastan, mahupun messi. *mama ngn angah jer panggil aq AHMAD ARRIF....! tu pun bler aq degil.

  2. Aq bab2 makan xde lah nk heaven atau memilih sangat tapi aq paling suka Meehun Sup, pedas2. Seharian xmkn nasi pun xper =D

  3. Aq xde la liat nk bangun tido tapi aq xsuke org kaco waktu tido aq. *at least 6 jam/day

  4. Bler aq nk tido aq suke kapitkan bantal kat kepala aq[mcm sandwich] lepas tu pasang lagu, kompem dapat mimpi yg indah =D

  5. Ble dah tido mule la mkn space, bantal ntah kemane, kepale ntah kemane, pendek kate katil leh clear la. *bahye dowh klu aq tido pakai kaen.

  6. Cita2 aq bler dah matang nie asalnyer nk jadi aircraft maintanence engineer. Tapi sampai skunk aq xsure ade chance lg ke tidak.

  7. Klu kat umh aq suke bangun 2,3 pagi semate2 nk isap rokok. *act terbangun nk tido balik kne lah isap rokok, hahaha

  8. Haaa..... yg nie rasenyer kompem korang xtaw. Aq ade 2 ayah, 2 mama[satu ummi], 2 atuk dan 7 nenek. *sumenyer atas dasar kawen cerai. HAHAHAHA

  9. Tyme kecik2 bler atuk balik umah wan aq la yg tukang bukak pintu pagar, dapat singgit. Bler raye aq lah yg dapat reward lebih, cucu kesayangan. *care mudah dapt duet. :P

  10. Wan aq cter aq leh berbuai sendiri dalam buaian tyme aq kecik2 dlu. *act aq pun xtaw aq leh wat ke x.

  11. Lepas roomate sem lepas aq tegur, baru lah aq pasan yg aq nie agak sentimental, suke kumpul barang.Kotak rokok, botol redbull, tiket bas, wayang, resit. Dlu tyme kecik2 aq suke kumpul sticker power rangers ngn buku naruto. *yer ke sentimental cmtu. Act aq fkir mnde tu berharge tu yg aq kumpul =)

  12. Mama cter dlu tyme kecik2 ade org nk amek aq jadi anak angkat. *sebaek mama sayang aq lagi. thankz mama.

  13. 1st tyme dapat besday kek dari member2 tyme form 5. Sanggup tempah pagi2 kat cikgu.ciap ade sparklin lg. Perghh TQ guys.

  14. Aq teringin nk gi Paris. Org ckp tempat tu lawa. *Nk gi old trafford jgak nk tgok MU maen. HAHAHAHA

  15. Aq xsuke kne jahit tapi dalam family aq la paling bnyak kne jahit *selepas mama. kat bibir la, kaki la, kening la, kat ****** la *alaa.. tyme sunat dlu. HAHAHA

  16. Tyme skolah rendah dlu aq penah kne tenok ngn kambing, puncanya aq kejar anak die
    *
    punye lah takut rasenyer sampai skunk aq xcter lg kat mama. huhu

  17. Tyme tadika kemas dlu, ade sorang bdak nie penah cucuk pensel 2B kat pipi aq xtaw ape puncanyer. Tapi smpi skunk bdak tu jadi member baek. *gelak gler dowh ble ingt balik

  18. Aq sayang diorang2 nie; Adam, Mukmin, Loqlat, Mejar, Ketot, Crab, Wazien, Ijat, Tong, Audi, Dz, Afiq, Rain, Ayoi, Bunjal, Kecik, Burn, Ain, Nad, Alyaa, Shikin dan Sarah. Aq seronok dapat kawan mcm korang, lepak ngn korang, berborak ngn korang. Dengan korang2 sumer aq xpenah berkira la...

  19. Lastly, aq bersyukur sangat dilahirkan dalam family yg serba happening nie. Biarpun, penah melalui saat2 getir, tapi still lagi bahagia. Especially to mama, Im very proud of you mom. Even keluarga kita nie xde lah senang sangat, xde lah mewah sangat, tapi segala keperluan, tumpuan, kasih sayang kepada anak2 mama xpenah luper. Bagi aq keluarga nie dah cukup complete. Thankz a lot mama. *Saya sayang mama saya sangat2 :')

Thursday, November 24, 2011

Globe.

PETA DUNIA YANG PALING LENGKAP DAN SEMPURNA

Sejarah Peta Ajaib Piri Reis

Pada tahun 1929, sekumpulan pengkaji sejarah telah membuat penyelidikan di istana Topkapi yang terletak di Konstantinopel, Turki. Di dalam istana itu, mereka telah menemui segulung peta yang berusia ratusan tahun, yang diperbuat dari kulit rusa berukuran 90 x 65 cm. Peta tersebut bertarikh Muharam 919 bersamaan 9 Mac-7 April 1513.

Di atas peta itu, mereka telah menemui beberapa perkara yang aneh dan menakjubkan. Peta tersebut memaparkan outline pantai Amerika Utara dan Selatan dengan pengukuran yang amat tepat. Peta itu juga memuatkan maklumat yang sangat terperinci mengenai Amerika, Lautan Atlantik, Eropah dan pantai-pantai Afrika yang belum dijelajah oleh penjelajah Eropah pada masanya! Satu lagi perkara yang menghairankan para pengkaji tersebut, ia juga memaparkan benua Antartika, padahal wilayah itu belum ditemukan hingga tahun 1818!

Mereka mengkaji lagi. Mereka membuat perbandingan antara jarak pantai timur Amerika dengan pantai barat Afrika pada peta kuno itu dengan jarak yang sama pada peta yang termoden sekali. Sekali lagi mereka tercengang!Sangat tepat dan ini mustahil dibuat oleh pelaut zaman itu kerana kelengkapan dan teknologi mereka umumnya diketahui sangat terhad untuk membuat kerja-kerja kartografi dan pemetaan. Adakah ini mencukupi untuk mengatakan peta kuno ini benar-benar menakjubkan? Tidak. Sebenarnya ada lagi perkara lain yang begitu aneh dan tersangat luar biasa. Tersangat luar biasa bagi sebuah peta kuno yang diperbuat dari kulit rusa.

Peta aneh tersebut ditunjukkan kepada Arlington T. Mallerey, seorang pakar peta kuno. Setelah beberapa lama membuat kajian, beliau akhirnya merasa bingung dengan peta aneh tersebut. Mengapa? Ini adalah kerana data geografi pada peta tersebut tidak berada dalam posisi yang tepat.

Orang-orang disekelilingnya mula 'lega' kerana akhirnya peta tersebut mempunyai kelemahannya. Sudah pasti ada kelemahan kerana peta itu dibuat oleh pelaut-pelaut kuno yang dikatakan hanya mengenal kompas dan bintang-bintang!Jadi apa nak dihairankan, walaupun mereka sedar persoalan bagaimana peta tersebut boleh memaparkan Antartika masih menjadi misteri. Tetapi Mallerey masih sangsi dengan peta itu. Beliau merasakan ada yang tidak kena dengan peta itu. Seakan-akan ada sesuatu yang lebih luar biasa yang ingin ditunjukkan oleh helaian kulit rusa yang berbau hamis itu.

Akhirnya dengan bantuan US Navy Hydrographic Bureau, Mallerey membuat sebuah grid dan memindahkan peta itu ke dalam sebuah glob. Betapa terkejutnya Mallerey karena peta tersebut ternyata sangat tepat!

Kajian demi kajian terus dilakukan ke atas peta yang menghairankan ramai cendekiawan itu.

Kajian lanjutan dilakukan oleh Professor Charles H Hapgood dan Richard W Strachan. Mereka telah mengkaji peta ini berkali-kali dan akhirnya menjumpai satu aspek yang tidak diketahui para pengkaji sebelum mereka. Suatu perkara yang benar-benar mustahil dan luar biasa. Mereka menemukan bahwa peta kuno itu kemungkinan merupakan gambar aerial yang difotokan dari suatu ketinggian tertentu. Sungai, lembah, pegunungan, pulau dan padang pasir, digambarkan dengan ketepatan fotografi yang amat tinggi. Dan tahap fotografi yang tinggi ini hanya dapat dicapai dengan menggunakan satelit!!

Siapakah yang membuat peta yang menakjubkan itu? Bagaimana beliau dapat membuat peta yang begitu tepat dan canggih, yang pada masa kini hanya dapat dilakukan dengan menggunakan satelit? Adakah beliau berasal dari puak Viking, yang terkenal sebagai pelaut yang handal? Atau setidak-tidaknya penjelajah Sepanyol atau Portugis yang mendabik dada kononnya merekalah orang pertama yang mengelilingi dunia? (walaupun sebenarnya Ferdinand Magellan tidak pernah menghabiskan pelayarannya kerana terbunuh di Filipina, tetapi dihabiskan oleh Henry The Black atau Enrique dalam dialek Sepanyol yang nama sebenarnya Hitam berasal dari kepulauan Melayu dan sememangnya orang Melayu!)

Tidak, si pembuat peta ini bukanlah dari kalangan orang Eropah yang kononnya amat pandai dari semua bidang.

Peta itu adalah karya Muhiddin Piri Reis. Beliau ialah seorang pelaut, laksamana angkatan tentera laut Turki dan kartografer Muslim terkemuka dari abad ke-16.

RIWAYAT MUHIDDIN PIRI REIS

Piri Reis lahir pada 1465, di Gallipoli, Turki, yang merupakan wilayah pantai. Ayahnya bernama Haci Mehmet, sedangkan bapa saudaranya merupakan seorang laksamana terkenal ketika itu, Kemal Reis.

Seperti anak-anak yang pada umumnya yang dipengaruhi suasana sekelilingnya, sejak kecil lagi beliau bergelut dengan pantai dan kebiasaan untuk berlayar. Tidak menghairankan ketika umurnya baru 12 tahun, beliau telah bergabung bersama bapa saudaranya, Kemal Reis.

Meskipun masih remaja, rupanya beliau sarat dengan pengetahuan. Beliau tidak merasa kekok berlayar bersama bapa saudaranya. Dan masa itu menjadi awal kepada kerjayanya mengharungi lautan dan samudera bersama Kemal Reis. Selama 14 tahun Kemal Reis memberi bimbingan kepada anak saudaranya itu.

Sepak terjang Kemal Reis di laut lepas, membuatkan Kesultanan Uthmaniyyah memberinya kedudukan terhormat di Angkatan Laut Diraja pada tahun 1494. Tambahan pula tenaganya membuatkan angkatan laut Kesultanan Uthmaniyyah semakin kuat. Mereka terkenal, dengan perjuangan tanpa akhir bagi tegaknya Islam.

Bergabungnya, Kemal Reis di angkatan laut kesultanan, membuat Piri pun akhirnya bergabung pula beberapa saat kemudian. Ia tetap berada di bawah arahan bapa saudaranya, walaupun beliau telah mula dipercayai untuk memimpin pasukan kecil.

Setiap selang waktu, Piri seringkali pulang ke kampung halamannya. Di sana beliau tidak tinggal diam, namun mencatatkan setiap apa yang dilihatnya dari perjalanannya selama ini ke dalam sebuah karya; peta. Terbukti, pada 1513 ia mampu menghasilkan sebuah peta dunia. Dalam karyanya itu, ia memetakan Laut Atlantik serta pantai-pantai di Eropa, karyanya diberi tajuk I-Bahriye.

Pada 1516-1517 Piri Reis mendapat mandat untuk memimpin pasukan Uthmaniyyah melawan Mesir. Dalam kesempatan ini Piri berlayar ke Kaherah melalui Nil dan kemudian menggambarkan sebuah peta dan memberikan maklumat yang terperinci tentang wilayah tersebut.

Setelah Mesir bergabung dengan kesultanan Uthmaniyyah, Piri memiliki kesempatan melakukan hubungan peribadi dengan pemegang tampuk kekuasaan di sana, Yavuz Selim. Beliau memperlihatkan peta hasil buatannya kepada sang sultan. Hasil karyanya itu juga ditambahkan ke dalam Bahriye.

Pertempuran dahsyat Piri alami juga bersama bapa saudaranya ketika melawan pasukan dari Venesia pada 1520. Dan pasukan Uthmaniyyah saat itu mampu memukul mundur pasukan musuh. Hal ini merupakan kemenangan yang besar bagi Uthmaniyyah.

Kegembiraan yang beliau rasakan beberapa saat kemudian berubah menjadi duka. Bapa saudaranya yang dikasihi, Kemal Reis, gugur akhirnya. Untuk menggantikan posisi Kemal Reis, pihak pemerintah kemudian malantik Piri Reis menjadi laksamana Kesultanan Uthmaniyyah.

Meskipun Piri telah menjadi laksamana yang begitu padat kegiatannya, beliau tetap meluangkan masanya untuk menuliskan catatan perjalanannya selama ini. Pada 1528 sampai 1529, Piri melengkapi peta pertamanya yang tercantum dalam I-Bahriye.

Kali ini, beliau berhasil memetakan wilayah Barat Daya Atlantik, sebuah wilayah yang disebut dunia baru yang terletak dari Venezuela hingga bagian selatan Greenland. Jadi tidak hanya kemenangan di laut yang beliau rasakan.

Dengan kenyataan ini, Piri Reis juga telah memberikan sumbangan bagi ilmu pengetahuan, terutama Geografi dan Nautika atau Ilmu Pelayaran. Ilmu yang mereka kembangkan tidak hanya berguna bagi kalangan Islam, namun kepada seluruh dunia.

Sang waktu terus merambat. Piri Reis, sang laksamana, telah memberikan sumbangan bagi kebesaran Kesultanan Uthmaniyyah, juga keharuman Islam. Ia telah melakarkan prestasi besar dengan karyanya I-Bahriye yang menjadi panduan bagi orang-orang setelahnya, dalam berlayar. Beliau akhirnya meninggal dunia pada tahun 1554.

Semua karyanya akhirnya dijumpai oleh dunia moden. Itulah yang diceritakan pada awal artikel ini. Ketepatannya dan bagaimana ia difoto dari pandangan atas amat menghairankan ramai orang. Sehingga ada pendapat yang mengatakan ia menggunakan teknologi makhluk asing!Ada juga pendapat yang mengatakan ia adalah peta yang dibuat oleh bangsa-bangsa yang hilang seperti Atlantis ataupun Lemuria. Bangsa-bangsa ini dikatakan mempunyai tamadun dan teknologi yang tinggi.

Bagaimana Piri Reis membuat peta yang begitu tepat? Mujurlah Piri Reis bukanlah seorang yang kedekut ilmu, tidak seperti sesetengah puak seperti Illuminati yang baru dapat secubit ilmu sudah berlagak sombong dan mengaku Tuhan. Piri menyatakan bahawa peta itu dibuat berdasarkan 34 sumber yang berbeza-beza. Ada 20 peta dari zaman Alexander yang Agung, 8 peta karya ahli geografi Muslim, 4 peta Portugis, dan 1 peta hasil karya Columbus.

Kemudian peta itu disaring, dikaji ketepatannya dan diubahsuai mengikut kepakaran kartografi Piri yang sememangnya banyak pengalaman dan akhirnya kesemua peta tadi diringkas menjadi satu peta dunia. Ini sesuai pengakuan Piri Reis, ''Di dalam abad ini (Pada masa Piri hidup), tidak ada peta seperti peta ini sebelumnya, '' kata Piri Reis lagi, ''Dibuat dengan cara menggabungkan keseluruhan peta menjadi satu skala peta ... maka hadirlah peta yang benar dan yang dapat dipercayai ...''

Walaupun begitu, bagaimana Piri membuat pengubahsuaian sehingga menghasilkan peta yang begitu tepat dan benar melampaui kronologi sejarah amat mengkagumkan. Malah sangat tepat jika ditinjau dari segi kronologi geografi.

Contohnya, Greenland digambarkan sebagai dua pulau yang berbeza. Kejanggalan ini akhirnya pupus setelah ada penyelidikan yang dilakukan ekspedisi kutub yang dilakukan ilmuwan Perancis. Mereka menyatakan bahwa ketika itu terjadi gempa yang membuat lapisan ais merekah dan menghasilkan ruang pemisah.

Pada Januari 1966, di majalah Fate, Profesor Charles H Hapgood menjelaskan penemuan yang mengagumkan tersebut. Ini merupakan hal yang luar biasa, Piri dapat memetakan tempat di mana seorang pun tidak dapat menemukan Antartika hingga 1818.

Menariknya, Hapgood benar-benar tercengang, betapa lengkapnya peta tersebut dan langsung mengubah anggapannya selama ini bahwa orang-orang Islam tidak memiliki ilmu kartografi yang baik!. Ilmuwan Jerman, P Kahle, melakukan analisis dan mengiktiraf bahwa Piri merupakan seorang ahli kartografi yang handal dan terhebat sepanjang zaman.

Jadi bagaimana dengan kita sebagai umat Islam?Adakah kita masih memikirkan bahawa Islamlah pembawa kemunduran, kolot dan ketinggalan zaman? (atau agama keganasan?-ini adalah pandangan paling primitif pada masa kini). Kita diajar di sekolah tentang sumbangan tokoh-tokoh Barat kepada kemajuan dunia, sehingga tergenggam ijazah di tangan pun masih manis mulut memuji-muji kecerdikan tokoh-tokoh Barat.

Tahukah anda para sarjana Barat benar-benar mengagumi para ilmuwan Islam dahulukala?Tahukah anda bahawa untuk membina superkomputer Blue Gene/L (ini adalah superkomputer yang terpantas di dunia, selaju 136.8 teraflop persaat-trillion pengiraan titik perpuluhan persaat) nenek moyang para jurutera IBM yang hidup pada zaman kegelapan Eropah terpaksa melutut meminta secebis ilmu daripada pensyarah-pensyarah mereka yang beragama Islam di universiti-universiti seluruh empayar Islam. Para cendekiawan Barat hari ini telah menulis banyak buku yang merakam sumbangan dunia Islam kepada dunia. Tetapi buku-buku seperti ini cuba digam, diharamkan atau disabotaj oleh pihak-pihak tertentu.

Ini yang berlaku kepada Pengurus Besar Syarikat Hewlett Packard, Minnesota di Amerika Syarikat iaitu Carly Florina, di dalam ucaptamanya ketika pelancaran produk syarikat komputernya, pada 26 September 2001, merakamkan pandangan ikhlas seperti berikut:

"at this civilisation was driven more than anything by invention. Its architect designed buildings that defied gravity. Its matematicians created the algebra and logarithms that would enable the building of computers, and the creation of encryption. Its doctors examined the human body, and found new cures for disease. Its astronomers looked into the heavens, named the stars, and paved the way for the travel and exploration.

While other nation were afraid of ideas, this civilisation thrived on them and kept them alive. When censors threated to wipe out knowledge from past civilisations, this civilisation kept the knowledge alive, and pass it on to others.

The civilisation I'm talking about was the Islamic World, from the year 800 to 1600 which included Ottoman Empire, and the court of Baghdad, Damascus and Cairo, and elightened rulers like Sulaiman the Magnificent"



maksudnya:

"Tamadun ini digerakkan menerusi penciptaan melebihi daripada yang lain. Arkiteknya mereka bangunan menentang graviti. Ahli matematiknya mengasaskan algebra dan logaritma yang membolehkan pembinaan komputer, dan penciptaan kod rahsia. Doktornya menyelidiki tubuh manusia lalu menemui ubat baru untuk penyakit. Ahli astronominya menyelidiki langit dan menamakan bintang-bintang, membuka kearah perjalanan dan pengembaraan. Sementara bangsa lain takutkan idea, tamadun ini terus ke hadapan memajukannya. Apabila halangan mengancam ilmu daripada tamadun silam, tamadun ini menghidupkan ilmu dan mengembangkannya kepada tamadun lain.

Tamadun yang saya maksudkan ialah tamadun Islam dari tahun 800 hingga 1600 yang merangkumi kerajaan Uthmaniyyah dan kerajaan Baghdad, Damsyik dan Kaherah serta pemimpin yang cemerlang seperti Sulaiman yang Agung"

Demikianlah seorang pengurus syarikat komputer yang terkenal, memberikan pendapat ikhlasnya dan meletakkan penghargaan yang begitu tinggi kepada tamadun Islam. Hanya orang yang berfikiran sempit sahaja yang berangan-angan mahu murtad dengan segera kerana menganggap Islam adalah agama kampungan, jumud, kolot dan ketinggalan zaman. Sedangkan orang-orang Barat yang berpendidikan tinggi secara peribadinya (walaupun mereka berusaha menyorokkan pendapat mereka) mengakui peranan Islam terhadap ketamadunan dunia. Namun masih ada segelintir dari mereka yang berani mengakuinya di khalayak ramai, walaupun selepas itu mereka dikenakan pelbagai tindakan dan hukuman.

Tidak lama selepas Carly Florina membuat ucaptama tersebut, beliau telah dipecat dari jawatannya...

*Aq tercari2 kaitan antara Yusuf Reis dengan Piri Reis. tapi aq jumpe nie, lagi menarek.


Thursday, November 17, 2011

Never Give Up



Pemuda ini dilahirkan dari keluarga miskin di New York. Ibunya terpaksa melahirkannya ditangga pintu sebuah sekolah. Akibatnya dia lahir yang tidak sempurna, dia menderita kelainan saraf di bahagian mukaya, sebelah kanan wajahnya menjadi seperti tidak normal. Dia juga gagap dan hujung bibirnya selalu tertarik ke bawah. Dia kerap diejek sebagai watak kartun kucing di Looney Tunes yang kebetulan mirip dengan namanya.

Namun begitu , dia mempunyai impian untuk menjadi pelakon terkenal. Untuk mengejar mimpinya menjadi pelakon terkenal, pemuda ini mengikuti audition di mana-mana. Retapi wajahnya yang “seperti cacat mental” dan gagap, serta lakonannya yang kelihatan kaku, dia selalu ditolak untuk berlakon walau apa watak pun.

Tetapi dia tidak berputus asa walaupun dia di tolak sebanyak 1500 kali, bahkan jumlah keseluruhan agen filem di New York tidak sebanyak itu. Ini bermakna, beberapa agen sudah menolaknya berkali-kali. Setelah gagal audition dimana-mana, akhirnya dia bernekad. Untuk mendapatkan watak pertamanya dia tidak mengalah. Dia datang kesebuah agensi pada pukul 04.00 petang tetapi agen filem yang didatangi menolak untuk bertemu dengannya.

Keesokan paginya ketika agen tersebut datang ke pejabat dia mendapati pemuda tersebut tetap menunggu. Dia menunggu semalaman. Akhirnya agen tersebut tidak tahan dan memberinya peluang. Walaupun dia hanya muncul selama beberapa minit sebagai pelakon tambahan, ini sudah merupakan kebanggaan bagi dirinya.

Setidaknya memberi nilai tambah bahawa dia pernah main filem. Dia pikir jalannya akan lebih mudah. Tapi ternyata kariernya tidak berganjak. Dia menemui kegagalan demi kegagalan untuk mendapatkan peranan lain. Dia .Malah dia pernah berlakon dalam filem semi-porno dengan bayaran yang serendah US$200 untuk 2 hari shooting.

Setelah itu pun kariernya pun tidak bertambah maju. Dia tidak mampu membeli alat pemanas bilik ketika suhu sangat sejuk di New York. Dia terpaksa ke perpustakaan membaca, sekadar untuk mendapat suhu yang hangat. Dari buku yang dibaca di perpustakaan dia akhirnya mendapat idea untuk menulis skrip. Dia berjaya menjual satu skrip berharga US$ 100.

Hidupnya tidak bertambah baik. Isterinya mula tidak tahan dengan sikapnya. Isterinya selalu menyuruhnya mencari pekerjaan yang tidak ada hubugannya dengan lakonan, tapi dia tetap berkeras tidak ingin mengubur impiannya di dunia lakonan.

Hidupnya semakin sukar, dia terpaksa menjual perhiasan isterinya. Pada titik terendah dalam hidupnya dia terpaksa menjual anjing kesayangan bernama Timmy. Dia berkerja keras selama berbulan-bulan sehingga dia dia sama sekali tidak punya wang. Timmy sangat rapat dengannya, seperti sahabat, dengan terpaksa menjual anjingnya hanya dengan harga US$ 25 untuk boleh menyambung hidupnya, kerana sudah betul-betul terdesak, sehingga dia tiada wang langsung untuk makan.

Semasa itu dia menangis. Dalam kepayahan itu, dia menonton sebuah pertandingan tinju antara Mohammad Ali dan Chuck Webner, seorang peninju lemah yang menurut ramalan orang ramai akan dapat ditumbangkan selama 3 round, ternyata Webner mempunyai kemantapan dan kekerasan hati. Dia berjaya menyelesaikan keseluruhan 15 round melawan Ali kerana tidak mahu menyerah.

Pemuda itu sangat terinspirasi pada perlawanan tersebut dan muncul sebuah visi untuk menulis skrip filem mengenai perlawanan itu. Pada malam hari itu juga dia menulis dan menulis selama 3 hari tanpa berhenti, hingga skripnya selesai. Dia sangat gembira dengan skrip tersebut, kerana dalam fikirannya dia tahu bahawa skrip cerita tersebut akan menjadi sebuah filem yang mengubah hidup dan nasibnya. Tangannya sampai bergetar semasa memegang skrip itu.

Kemudian dia mengajukan skripnya kepada produser filem. Namun tidak ada yang memandang serius kepada skrip cerita tersebut. Tetapi Dia tidak pernah berhenti berusaha. Dia menawarkan skrip ceritanya dan ditolak berarus kali kepada semua produser dan studio filem. Sehingga suatu hari, ada sebuah studio yang berani membeli skripnya dengan nilai US$20,000 dengan syarat heronya dibitangi oleh Ryan O’Neal dan Brut Reynolds.

Dia senang sekali mendapat penawaran itu, akan tetapi tetap ingin membintangi sendiri filem tersebut. Dia menawarkan diri berlakon. Pengarah itu menolak. Walaupun sesungguhnya sangat memperlukan wang, dia berkeras menolak menjual skrip tersebut kecuali jika dia boleh menjadi bintangnya. Pengarah tersebut terus menaikkan tawarannya $80,000, $125,000, $250,000 sehingga $325,000, tetapi pemuda berkeras tidak mahu menjual skripnya kecuali dia menjadi heronya. Dia berjanji akan berlakon dengan baik. Akhirnya produser tersebut setuju dan menjadikan dia hero dalam filem tersebut, namun hanya dengan bayaran $20,000 untuk skrip cerita dan ditambah $340 seminggu iaitu upah minima seorang pelakon.

Setelah dipotong kos-kos komisyen agen, dan sewa, dia hanya mendapat pendapatan bersih $6,000 bukannya $325,000 Siapakah pemuda tersebut? Ini adalah kisah benar Sylvester Stallone atau nama singkatan “Sly”. Sly sedar, setelah 1500 kali ditolak, skrip Rocky yang dibuatnya mungkin satu-satunya pintu gerbang untuk menjadi hero, kerana itu dia tidak mahu melepaskan watak Rocky kepada orang lain. Sekalipun berbudget rendah US$1,000.000 dan dibintangi aktor tidak terkenal pada masa itu, iaitu Stallone sendiri, filem ini meledak di pasaran dan menghasilkan wang US$ 200,000,000 atau 200 kali lipat ganda.

Dari filem Rocky yang dibintanginya dia meraih Academy Award sebagai pelakon terbaik. Filem tersebut memenangi tiga Oscar untuk filem terbaik, pengarah terbaik dan skenario filem terbaik. Setelah Rocky, kejayaan terus mengiringinya selama beberapa tahun selepas itu. Dia kembali berjaya menjadi ikon action movie dalam watak Rambo. Pemuda keturunan itali ini menjadi ikon lelaki macho dalam filem-filem action di Holywood.

Dia menjadi pelakon pencetak box office terbesar didunia sepanjang tahun 1970 hingga 1990. Filem Rocky (Rocky 1-5) dan Rambo (1-4) meraih hampir US$1 billion, dan menjadikan Stallone seorang bintang filem internasional termahal. Apa yang dicapainya kini merupakan buah keteguhannya mempertahankan mimpi untuk menjadi bintang filem.

Seandainya dia merelakan skrip Rocky dibintangi oleh orang lain mungkin dia mendapat US$325,000 untuk skripnya tapi dia kehilangan peluang, yang mungkin satu-satunya, untuk menjadi bintang utama. Tentang penolakan yang dilaminya, dia berkata “i take rejection as someone blowing a bugle in my ear to wake up and get going, rather than retreat”. “saya anggap penolakan seperti orang ditiupkan terompet di telinga untuk membangunkan kita bukan untuk mengundur”.

*Contoh2 org yg xpernah putus asa
[sumber : wikipedia ]

Jack Sparrow/John Ward/ Yusuf Reis?

Jack Sparrow/John Ward/ Yusuf Reis?


Watak Jack Sparrow Sebenarnya Seorang Muslim?

Siapa yang pernah tengok filem Pirate of the Caribbean, pasti mengenali watak Captain Jack Sparrow lakonan Johnny Depp. Tetapi, tahukah anda, watak Captain Jack Sparrow tersebut sebenarnya memang wujud. Beliau adalah seorang Muslim? Benarkah?

Captain Jack Sparrow berasal dari England. Nama sebenarnya adalah John Ward ataupun Birdy. Agama asalnya adalah Kristian. Setelah memeluk Islam, beliau dikenali sebagai Yusuf Reis. Captain Jack Sparrow telah menyelamatkan beribu-ribu umat Islam dan bangsa Yahudi yang tertindas yang dipaksa masuk agama Kristian di Sepanyol pada kurun ke 16 dan 17, juga lebih dikenali sebagai the Moriscos and Conversos expulsion.

Pengarah filem tersebut juga telah memutarbelitkan fakta sebenar tentang John Ward. Tetapi, mereka masih mengekalkan beberapa identiti Islam pada watak Jack Sparrow seperti janggut, serban merah, dan aksesori bulan bintang. Lambang bulan bintang berasal dari lambang khilafah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, iaitu Khilafah Turki Utsmani

Kalau nak tahu lagi mengenai watak sebenar Jack Sparrow ini adalah hasil kajian oleh ulama di Amerika Syarikat yang lebih dikenali sebagai Imam Suhaib Webb bacalah.



Sunday, November 13, 2011

Malaysia vs Cambodia

4 - 1

Tenkiu kepade semua scorer skuad harimau muda kita terutamanya kepada ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar yg telah menyumbat 2 gol. Kredit juga kepada Wan Zaharulnizam Wan Zakria yg telah menyumbat gol cantek pada lewat permaenan.

Tapi agak kecewa la tgok penampilan Malaysia kali ini yg agak bermain dengan agak relax dan bersahaja. Seolah2 memandang rendah terhadap kekuatan lawan. So lepas nie diingatkan la beware sbb lawan lepas nie bukan calang2, pasukan tuan rumah Indonesia yg sering memberi kontrovesi dalam sebarang saingan dengan skuad negara kita.HUH

Papehal ramuan Ong Kim Swee lepas nie diharap lebih menjadi, bagi pertemuan hidup mati dengan pasukan tuan rumah. Perlawanan yg menentukan layak atau tidak skuad negara kita. Gambate Harimau Muda

Kapten Harimau Muda, Badrol Bakhtiar.